SEJARAH PENUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMINITI (PDK)
TUNAS WAWASAN FELDA CHIKU 3
GUA MUSANG KELANTAN
PDK Tunas Wawasan Felda Chiku 3,Ditubuhkan pada 26 Januari 1999 Di Bangunan Lama Bekas Sek.Agama Rakyat dibawah pemantauan pihak Felda.Pada awal penubuhan seramai 50 orang kanak-kanak OKU yang berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Gua Musang.Ekoran dari itu,JKM Jajahan Gua Musang ingin membuka satu tapak PDK yang terletak dibawah Jajahan Gua Musang.setelah Mesyuarat demi Mesyuarat diadakan dengan beberapa agensi yang berkaitan dengan PDK,satu keputusan telah dibuat dan tertubuhlah Pemulihan Dalam Komuniti Tunas Wawasan pada 26 Januari 1999.PDK Tunas Wawasan dikendalikan oleh 2 orang petugas dan 17 orang pelatih.Dia turut dipantau oleh JKM Jajahan Gua Musang dan pengurus Felda Chiku 3.
Pada tahun 2004,satu berita baik yang menjadi pendorong kepada petugas dan pelatih di PDK ini,pihak felda wilayah telah meluluskan satu tapak Banguan sendiri yang dibina khas untuk PDK.Pada 04.07.2006 kami mula beroperasi di bangunan yang baru dengan lebih selesa dan ceria.
Rekod terkini seramai 65 orang kanak-kanak berdaftar di PDK dan 1 orang penyelia,4 petugas disediakan oleh JKM dan dibantu oleh Ahli jawatankuasa.pihak Felda juga turut membantu dengan menyediakan seorang pembantu dan 2 orang pengasuh.Pelbagai ketegori kecacatan kanak-kanak yang terdapat di PDK ini yang melibatkan berbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksakan demi kesejahteraan pelatih.pelatih dibahagikan kepada 2 bahagian aktiviti,iaitu aktiviti dipusat PDK dan lawatan ke rumah pelatih
Pelatih juga turut menerima elaun sebanyak RM150.00 sebulan perseorang dan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan dibawah pemantauan JKMN Kelantan.Manakala PDK turut menubuhkan Ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab merancang,melaksana dan merekod semua aktiviti yang dilakukan di PDK.AJK juga bertanggungjawab mencari dana untuk menampung tabung PDK.
No comments:
Post a Comment